BERCAKAP DENGAN JIN JILID 6 PDF

Penjaga Ayam Hutan Dikunjung Gadis Waktu Malam Saya terasa papan rumah seperti dipijak orang. Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun mempelam melayang ke rumah.

Author:Maugis Faukasa
Country:Nicaragua
Language:English (Spanish)
Genre:Life
Published (Last):2 April 2019
Pages:130
PDF File Size:6.13 Mb
ePub File Size:16.9 Mb
ISBN:203-4-13177-735-3
Downloads:28485
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Yokinos



Penjaga Ayam Hutan Dikunjung Gadis Waktu Malam Saya terasa papan rumah seperti dipijak orang. Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun mempelam melayang ke rumah. Datuk tidak melakukan sesuatu. Ia melihat apa yang terjadi dengan perasaan tenang tetapi penuh persediaan kewaspadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak baik.

Guru silat bangun lalu berdiri tidak jauh dari arah rusuk kanan bomoh tua. Saya pula mengisut perlahan- lahan menuju ke tepi dinding. Berusaha mahu menjarakkan diri dengan datuk, guru silat dan bomoh tua. Andainya, bomoh tua kemasukan roh datuk nenek dan tidak sedarkan diri, mengamuk atau membaling tempat bara api saya boleh mengelakkan diri dengan terjun menerusi pintu yang terbuka. Bomoh tua yang bercakap seorang diri itu, memperlahankan suaranya, sesekali ia menumbuk lantai, suaranya seperti orang yang kena cekik.

Lagi sekali bomoh tua itu rebah atas lantai. Suasana dalam rumah menjadi sunyi. Bomoh tua terus bangun. Gosok kelopak matanya berkali- kali, macam orang baru bangun tidur. Renung kiri, kanan dengan sinar mata yang garang. Saya tergamam, tidak ada sesiapa pun yang berdiri dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya. Tidak terduga oleh saya perkara tersebut boleh jadi begitu. Supaya keadaan, tidak menjadi kacau-bilau, datuk segera minta maaf. Nasib baik bomoh tua mahu memaafkannya.

Saya segera terfikir kenapa banyak sangat upacara yang mesti dijalankan untuk mengubati orang yang sedang sakit.

Apakah bomoh tua itu tidak terfikir cara yang dilakukannya itu menambahkan beban orang yang memang sudah sakit itu. Saya jadi bosan dengan keadaan yang sedang saya hadapi. Saya juga terfikir, perkara itu sahaja dilakukan untuk melambat-lambatkan tugasnya. Bila sudah larut malam baru kerja itu dijalankan dengan sempurna.

Ini satu taktik, kata hati saya. Bomoh itu, menjalankan upacaranya kembali. Kali ini isteri si sakit duduk di depannya. Isteri si sakit tunduk. Saya segera rapat pada datuk yang duduk tidak jauh dari bomoh yang sudah berada di zaman lampau itu.

Saya lihat dalam talam itu ada dua butir telur ayam, sebutir sudah direbus dan sebutir tidak. Ada dua cawan, satu berisi kopi, satu berisi air biasa. Ada dua kepal pulut, satu berwarna kuning dan satu berwarna putih. Asap kemenyan terus menguasai ruang rumah. Dalam berbisik guru silat memberitahu saya, barang-barang ini memang menjadi syarat setiap kali bomoh tua itu menjalankan tugasnya.

Dan barang-barang itu sentiasa berubah, mengikut malam bomoh tua itu datang. Isteri si sakit tahu, kalau bomoh tua datang malam Selasa, persediaannya cuma dua biji pisang. Satu masak dan satu tidak. Malam Jumaat, persediaannya seperti yang saya lihat sekarang. Biasanya, setelah selesai menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan memberitahu pada orang yang diubatinya siapa pula yang akan mendampinginya pada malam berikut dan apa kegemaran orang yang mendampinginya itu mesti disediakan.

Semua makanan yang dihidangkan itu dimakan oleh bomoh tua yang sudah diresapi roh panglima itu. Semuanya dimakan separuh saja. Tekak saja menjadi loya bila melihat bomoh tua itu makan. Air liurnya meleleh, macam orang kena sawan babi. Sesiapa pun tidak sudi makan sisa makanan yang ditinggalkannya itu. Membazir dan jadi habuan ayam. Itupun kalau ayam tersebut sudi. Fikir saya. Datuk terus termenung sambil mengerutkan dahinya. Bomoh tua itu selesai makan.

Bomoh tua membelek-belek barang tersebut dan diserahkan pada isteri si sakit. Aku nak balik. Kemudian bangun dan tersenyum, seolah-olah tidak ada sesuatu yang dilakukan di depan kami. Ia bersalam dengan kami.

Bomoh tua itu bertanya pada isteri si sakit apa yang terjadi. Isteri si sakit pun menceritakan apa yang terjadi. Bomoh tua pun anggukkan kepala. Senyumnya bertambah lebar merenung ke arah kami. Bomoh tua tersenyum.

Pintu dan tingkap yang terbuka tertutup rapat kembali. Saya tidak sedar, waktu bila tingkap dan pintu rapat. Ia anggukkan kepala. Senyumnya tidak juga berakhir di kelopak bibir. Saya tahu, senyum itu tidak jujur. Senyum menyindir. Datuk rapat pada si sakit. Pergelangan tangan si sakit di rabanya berkali-kali. Datuk minta segelas air sejuk pada isteri si sakit.

Segelas air sejuk berada dalam tangan datuk. Mulut datuk bergerak lancar. Datuk serahkan gelas berisi air itu pada si sakit. Datuk suruh si sakit minum air tersebut. Baru sekali teguk saja, si sakit itu terus tersedak, air di mulut bersembur dan terkena muka bomoh tua.

Saya lihat bomoh tua tersengih sambil mengesat kesan air di mukanya. Bomoh tua gelengkan kepala. Tetapi, pujukan itu tidak berjaya melembutkan hatinya. Saya lihat datuk termenung panjang. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Kemudian akan disusuli dengan menggunakan burung but-but. Bomoh tua menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk tidak terhenti setakat itu saja. Suaranya kali ini bertambah keras penuh dengan keyakinan. Bomoh tua kerutkan dahi. Mahu menguji sejauh mana kebolehan dan kemampuan datuk. Guru silat menggaru pangkal dagunya berkali-kali. Wajahnya nampak resah. Ekor mata saya masih tertumpu ke arah bomoh tua yang menjentik-jentik lantai dengan jarinya.

Isteri si sakit termenung sedangkan si sakit yang terbaring mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali. Bomoh tua berdehem panjang, bagaikan memberitahu yang pertanyaan itu harus ditujukan pada dirinya, bukan pada datuk. Perbuatan guru silat itu menjatuhkan mariabat dirinya. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.

Lagi, sekali saya merenung ke bomoh tua yang sikapnya agak berubah dari tadi. Tidak memperlihatkan sikap marah-marah dan sombong. Datuk segera mendekatinya. Perlahan-lahan datuk genggam tangannya erat-erat.

Meninggalkan rumah adik ipar guru silat. Hilang Saya terus mengerutkan dahi melihat sikap bomoh tua yang di luar dugaan. Guru silat merenung wajah datuk dan datuk membalas senyuman tersebut dengan segaris senyum.

DOSPERT SCALE PDF

Siri Bercakap Dengan Jin - Jilid 6

Saya terasa papan rumah seperti dipijak orang. Angin malam kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun mempelam melayang ke rumah. Datuk tidak melakukan sesuatu. Ia melihat apa yang terjadi dengan perasaan tenang tetapi penuh persediaan kewaspadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak baik. Guru silat bangun lalu berdiri tidak jauh dari arah rusuk kanan bomoh tua. Saya pula mengisut perlahan-lahan menuju ke tepi dinding.

LA FRANC-MACONNERIE SYNAGOGUE DE SATAN PDF

.

EDEMA GENERALIZADO ANASARCA PDF

.

Related Articles